Ahmet Eyup Turkaslan

ANKARA – Penjaga gol Turkiye, Ahmet Eyup Turkaslan meninggal dunia dalam gempa bumi Isnin lalu.

Kematian Ahmet disahkan oleh kelab Yeni Malatyaspor.

”Penjaga gol kami, Ahmet Eyup Turkaslan, terkorban selepas berada di bawah runtuhan akibat gempa bumi.

“Kami tidak akan melupakan anda yang baik,” kata kelab itu di Twitter.

Lebih 5,000 orang maut dalam kejadian gempa bumi tersebut.

Ahmet, 28, bermain enam kali untuk kelab divisyen dua Turkiye, Yeni Malatyaspor selepas menyertainya pada 2021. – MalaysiaGazette