Datuk Ambiga Sreenevasan.

KUALA LUMPUR – Datuk Ambiga Sreenevasan tidak gembira dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pelantikan ahli keluarga.

Secara sinis, bekas Presiden Majlis Peguam menulis di Twitter miliknya: “Lampu hijau untuk semua menteri bawa masuk keluarga”.

Perdana Menteri baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa semua anggota Kabinet dilarang memberi gaji atau ganjaran daripada peruntukan kerajaan kepada ahli keluarga jika mahu melantik mereka sebagai penasihat atau pegawai mereka.

Ciapan sinis Ambiga dalam Twitter berhubung kenyataan Anwar semalam.

Baru-baru ini Anwar menjadi bahan kritikan pelbagai pihak termasuk aktivis, ahli politik dan juga NGO selepas mengesahkan pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa awal Februari lalu.

Rata-rata mereka mempersoalkan isu kronisme dan nepotisme yang sebelum ditentang oleh Anwar sendiri ketika menjadi pembangkang.

Bagaimanapun Anwar tetap mempertahankan lantikan Nurul Izzah sambil menafikan dalam pentadbirannya tidak akan berlaku kesalahan menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi dan keluarga.

“Saya boleh memberi jaminan bahawa perkara itu tidak akan berlaku di bawah pentadbiran saya,” tegasnya beberapa kali kepada media. – MalaysiaGazette