Sebuah PPS dibuka di Raub pagi ini. Gambar ihsan APM Raub

KUANTAN – Raub menjadi daerah baharu yang dlanda banjir di Pahang selepas Kuantan dan Pekan apabila sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka menempatkan 21 mangsa daripada lapan keluarga pagi ini.

Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Pahang, ini menjadikan keseluruhan enam buah PPS dibuka untuk menempatkan 233 mangsa banjir.

Terdapat empat buah PPS di Kuantan yang masih dibuka menempatkan 200 mangsa banjir iaitu di Balai Raya Kampung Pahang (30), Dewan Melati Penjara (64), Balai Raya Sungai Soi (18) dan Dewan Mat Kilau (88).

Di Jerantut, PPS SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (SMK PPPTR) pula mempunyai seramai 12 mangsa.

Manakala PPS Raub di Balai Raya Ulu Sungai.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air Sungai Pahang di empat daerah iaitu di Batu Malim, Raub; Lubuk Paku, Maran; Paloh Inai, Pekan dan Jambatan Bahau Keratong, Rompin kini melepasi paras bahaya.- MalaysiaGazette