Masjid Al-Aqsa
Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri (KLN) melancarkan kempen sumbangan kemanusiaan melalui Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN).

Menurut kenyataan Wisma Putra, TBKLN yang bermula hari ini hingga 23 Februari ini adalah untuk meringankan beban mangsa bencana gempa bumi yang melanda Turkiye, Syria dan negara sekitar.

“TBKLN yang ditubuhkan pada 2006 bertujuan untuk mengumpul serta menyelaras sumbangan daripada orang awam di Malaysia bagi membantu mangsa bencana alam di luar negara.

“Atas keprihatinan dan semangat Malaysia Madani, usaha murni ini diteruskan lagi dengan mengumpul dana sumbangan kemanusiaan bagi membantu mangsa gempa bumi yang terkesan,” kata kenyataan itu kepada media.

Sehubungan itu, KLN mengalu-alukan orang ramai, kumpulan korporat dan perniagaan serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyalurkan sumbangan melalui TBKLN.

Sumbangan yang dibuat adalah layak dituntut sebagai potongan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Nama akaun Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri dan nombor akaun ialah 1054 9000 0599 bank Affin Islamic Bank Berhad, Cawangan Putrajaya.

Bagi tujuan rekod dan pengeluaran resit, sila nyatakan butiran sumbangan melalui pautan https://tinyurl.com/yck9tnen dan sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Sekretariat TBKLN melalui emel [email protected]. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast