Huan Cheng Guan

KUALA LUMPUR – P. Ramasamy yang menggesa Perdana Menteri mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu ditanya berapakah jumlahnya bangsa Cina, India dan Sikh yang berjawatan tinggi dalam perkhidmatan awam negeri itu.

Persoalan itu ditanya oleh Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan sebagai respons kepada kenyataan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang semalam.

Cheng Guan berkata, DAP pun sudah 15 tahun memerintah Pulau Pinang.

“Kita lihat Kerajaan #DAP di Penang dulu sebelum ke Federal level (peringkat persekutuan) OK?,” soal beliau lagi.

Ramasamy dalam kenyataannya semalam berkata, penguasaan perkhidmatan awam oleh satu komuniti etnik iaitu Melayu perlu ditangani oleh Kerajaan Perpaduan.

Alasannya, orang bukan Melayu menjauhkan diri daripada perkhidmatan awam kerana kekurangan prospek kenaikan pangkat tidak boleh diterima.

Ia merupakan diskriminasi kaum, katanya. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Tapi ada Kebenaran juga apa yang ramasamy kata itu. lihatlah penjawat awam d Sabah, 85peratus penjawat awam terdiri dari Melayu atau bumiputera Islam, hanya 15peratus bumiputera yang bukan Islam jadi penjawat awam

  2. Masalah diskriminasi perkauman mudah diselesaikan seperti negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar, UAE, dan Kuwait amat disukai oleh majority bukan pribumi ada hak asasi warganegara daripada negara-negara asal mereka masing-masing tanpa diberi hak warganegara tempatan walaupun tinggal lama sehingga ke cucu-cicit bayar cukai yang memperkayakan pribumi Pak Arab tersebut politikus Pak Pandir ooii!

    • Minta juga la reformasi untuk pekerja seragam askar Dan polis peringkat bawahan. Mana etnik lain dalam askar?? Boleh dipertikai nilai patriotik mereka ini.

      Sektor swasta semua dikawal habis oleh golongan minoriti. Jadi refornasikan di sana juga.

  3. Siapa yang sanggup kerja perkhidmatan awam, kalau tidak orang melayu yang sanggup melayan kerenah rakyat. Contob mudah berapa ramai warga Cina dan India muda-muda berpelajaran sanggup jadi rela, yang sanggup jadi rela kebanyakkan orang yang sudah hampir nak pencen.

  4. Ada saja kaum Cina India dan Bumiputera yang berkhidmat dengan perkhidmatan awam. Cuma kurang sebab mereka lebih memilih untuk kerja sektor swasta dan pekeraan. Kalau perkhidmatan awam mereka pilih untuk jawatsn pengurusan profesional. Mereka fikir gaji besaf dan pangkat. Peringkat sokongan kaum cina tak minat tapi kaum india ada. Jadi jangan salahkan satu kaum sahaja sebab sekarang pun orang melayu baru belajar berniaga sendiri secara kecil kecilan. Itupun terdapat sekatan dan halangan oleh pihak PBT dan agensi penguatkuass. Mereka dihalau dan dihalang untuk berniaga kerana ddsakan oleh monopoli pernjagaan pihaj tertentu. Pakai otak lah YB Ramasy. Nama saja prof. Memalukab UKM. Yang di YB PKR Johor tu pun satu. Cakap tak guna otak.

Comments are closed.