Batik Air
Anthony Loke Siew Fook

KUALA LUMPUR – DAP menjadi parti utama kerana memiliki blok yang besar dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan ketika ini, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook.

Menurut beliau, disebabkan itu, DAP mempunyai peranan yang besar dan memerlukan penglibatan lebih ramai ahli-ahli untuk memperkuatkan parti.

“Justeru itu, saya hendak memberikan sedikit cabaran kepada DAP Wilayah Persekutuan supaya perlu memainkan peranan aktif memperkukuhkan lagi jentera dengan menambah bilangan cawangan dan juga keahlian untuk DAP khususnya di Kuala Lumpur.

“Kuala Lumpur ini merupakan pusat, ibu kota, bandar raya yang terbesar di seluruh negara.

“Di Kuala Lumpur ini ramai rakyat Malaysia, ramai orang-orang muda dari seluruh negara, bekerja, hidup di sini dan sudah tentu DAP Wilayah Persekutuan perlu untuk merekrut lebih ramai bakat-bakat daripada golongan anak muda untuk menyertai parti, supaya DAP terus kuat dan menjadi pilihan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anthony Loke turut berharap agar DAP Wilayah Persekutuan merangka strategi dengan memberikan sasaran kepada setiap kawasan termasuk kawasan Parlimen yang tidak ditandingi.

DAP yang merupakan parti gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) memenangi sebanyak 40 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu berbadning 42 kerusi pada PRU14.

PH mempunyai majoriti mudah membentuk kerajaan namun, ia memerlukan proses perbincangan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Pada PRU15, PH memenangni 82 kerusi Parlimen dan gabungan itu mendapat sokongan daripada Barisan Nasional (BN) bagi menubuhkan Kerajaan Perpaduan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast