KUALA LUMPUR – Buat pertama kali, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab soalan dari Ahli-Ahli Parlimen dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat yang berlangsung pagi ini.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, sesi ini akan diadakan setiap hari Selasa pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15.

Mengikut takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung mulai semalam, 13 Februari hingga 30 Mac dan diikuti persidangan Dewan Negara pada 21 Mac hingga 6 April.

Belanjawan 2023 dijadual dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan di Parlimen pada 24 Februari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast