Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menerajui Dasar Pendidikan Digital (DPD) bagi menyambut agenda pendidikan digital negara.

Menurut kenyataan KPM, langkah tersebut seiring dengan keperluan kini dan masa hadapan pendidikan.

“KPM juga komited untuk memastikan prasarana dan infrastruktur institusi pendidikan di bawah KPM sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kondusif melalui projek menaik taraf atau penggantian blok bangunan sekolah daif.

“Dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET), ia akan terus diperkasa untuk melahirkan graduan TVET yang memenuhi keperluan industri dan negara menerusi pendekatan usaha sama antara pihak awam dan swasta,” katanya.

Menurut kenyataan itu, dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesejahteraan murid di sekolah, KPM telah memperkasakan penggunaan Modul Intervensi Jenayah Seksual Kanak-kanak di Sekolah (IHSAN) selain membuat penelitian dan semakan berkaitan peraturan-peraturan disiplin murid yang lebih komprehensif.

“KPM akan terus berusaha untuk memastikan seruan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast