Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari. Foto AFFAN FAUZI, 19 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menjelaskan status terkini Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali RUU 355.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ini kerana beliau mendapat maklumat Jabatan Peguam Negara sudah meluluskan RUU itu untuk dibentangkan.

“Saya dimaklumkan RUU 355 yang diusahakan kerajaan terdahulu diluluskan Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktpber lepas.

“Apa status RUU ini pada masa ini adakah sudah wujud garis masa jangkaan bila ia akan dibentangkan di Parlimen,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berharap RUU 355 dibentangkan di Parlimen oleh kerajaan baharu selepas PRU15.

Kata beliau, secara prinsipnya memorandum mengenai RUU itu dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri pada 26 Ogos lalu. – MalaysiaGazette