KUALA LUMPUR – Hasil siasatan polis mendapati dakwaan seorang pengguna Twitter bahawa mangsa kemalangan tidak dibenarkan membuat laporan di Balai Bukit Damansara adalah Pondok Polis Komuniti yang telah ditutup dan tidak beroperasi
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata, pondok tersebut telah diambil alih oleh Syarikat Kawalan
Keselamatan Sri Lara pada tahun 2011.
“Pondok Polis yang dimaksudkan adalah Pondok Polis Komuniti di Bukit Damansara yang telah ditutup semenjak tahun 2010 dan tidak beroperasi lagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada 15 Februari 2023, jam lebih kurang 9.58 malam, Satu ciapan telah dimuatnaik oleh seorang lelaki yang menggunakan laman sosial Twitter penama akaun : @ManiamMKM telah mendakwa terdapat satu kemalangan berlaku di kawasan Bukit Damansara.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan satu ciapan telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter, @ManiamMKM, yang mendakwa terdapat satu kemalangan berlaku di kawasan Bukit Damansara pada jam 9.58 malam semalam.
Pengadu memaklumkan mangsa tidak dibenarkan membuat laporan Polis di Balai Bukit Damansara dan telah diminta untuk pergi ke Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membuat laporan polis.
Menurut Amihizam, ciapan tersebut merupakan satu fitnah dan pihak polis akan membuat satu laporan polis.
Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette