Anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat Muadzam Shah berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Bahau- Keratong di Rompin.

KUANTAN -Seorang wanita maut dan dua lagi cedera apabila sebuah kereta bertembung dengan sebuah lori tangki lalu terbakar di Jalan Bahau-Keratong di Rompin, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa yang maut dikenali Rosnah Saadon, beralamat terakhir di Felda Bukit Sagu 1, Kuantan.

“Pemandu lori tanker dilaporkan selamat manakala seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan ringan dalam insiden itu.

“Kedua-dua mangsa yang cedera dikeluarkan oleh orang awam, mangsa yang maut tersepit telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan sambil menambah pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 10.03 pagi.

Zulfadli berkata, pasukan bomba membuat kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan satu aliran kekili hos air pam jentera dan peralatan penyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa yang cedera telah dihantar ke  hospital menaiki kenderaan orang awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast