Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau proses naik taraf jeti Kampung Tekek, Pulau Tioman

PULAU TIOMAN – Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau proses naik taraf jeti Kampung Tekek, di sini.

Projek tersebut yang dijalankan secara dua fasa mampu menambah 200 pengunjung di ruang pelepasan dan masuk ke pulau peranginan itu.

Lawatan rasmi itu lawatan kerja Seri Paduka ke Pulau Tioman diserta barisan pimpinan kerajaan negeri

Keberangkatan Al-Sultan Abdullah ke jeti itu, diiringi oleh anakanda baginda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Hadir mengiringi baginda ialah Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak serta beberapa barisan Exco Kerajaan Negeri.

Persembahan sesi taklimat menaik taraf jeti itu daripada pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang Datuk Hafizah Zakaria.

Pengarah JKR Pahang, Datuk Hafizah Zakaria

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, Datuk Hafizah Zakaria berkata, fasa pertama projek tersebut menelan kos sebanyak RM1.1 juta.

“Manakala fasa kedua membabitkan peruntukan sebanyak RM8.2juta dijangka siap pada 24 Februari 2024.

“Kesemua peruntukan itu disalurkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia,” katanya kepada MalaysiaGazette

Baginda diberi penerangan dan taklimat ringkas mengenai projek menaik taraf Jeti Kampung Tekek dan jeti Kampung Salang oleh Pengarah JKR Pahang, Datuk Hafizah Zakaria

YDPA turut melawat Kampung Salang bagi memantau proses naik taraf jeti berkenaan berjumlah RM3.7 juta yang dijangka siapa pada 30 Oktober ini.

Seri Paduka Baginda kemudian menyantuni rakyat jelata dan memeriahkan jamuan rakyat bersama kira-kira 700 penduduk di Kampung Salang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast