Anggota bomba dan ahli keluarga membantu menurunkan jenazah pemuda obesiti ke dalam liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.

BALIK PULAU – Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titi Teras, di sini, membantu pengurusan jenazah seorang lelaki obesiti seberat 180 kilogram (kg) ke dalam liang lahad.

Jenazah pemuda berusia 33 tahun itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titi Teras, semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II N. Prenabaran berkata, pihaknya menerima panggilan untuk khidmat bakti itu pada jam 5.15 petang.

Operasi tersebut berlangsung kira-kira 30 minit.

“Seramai lima anggota digerakkan ke lokasi dan kita lakukan operasi mengangkat jenazah pesakit obesiti itu dengan bantuan ahli keluarga.

“Jenazah seberat 180kg itu berjaya diturunkan ke dalam liang lahad dengan menggunakan dua gelung hos bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pihak bomba menggunakan dua gelung hos untuk menurunkan jenazah pemuda berkenaan.

Tambahnya, operasi selesai kira-kira 30 minit kemudian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast