PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Lima lelaki warga Myanmar direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki tempatan yang mayatnya ditemukan di sebuah kebun buah naga di Site A, Tanah Merah, Port Dickson, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed berkata, perintah reman terhadap suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 49 tahun itu dikeluarkan Majistret V. Vanita di Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini.

Semalam media melaporkan seorang pemilik kebun berusia 44 tahun ditemukan mati tertiarap dalam keadaan kaki dan tangan berikat di kebun berkenaan dipercayai dibunuh.

Difahamkan polis menahan empat lelaki di Shah Alam, Selangor pada 11.40 pagi semalam manakala seorang lagi ditahan di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur pada 11.15 malam tadi, dan beberapa suspek yang ditahakan dikatakan telah mengaku terlibat dalam kes berkenaan. – Bernama

1 Komen

  1. These Myanmar and Rohingya are nothing but trouble in Malaysia and yet the government still want to bring these violent by nature people here. Please stop these people from coming in!

Comments are closed.