Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

KUANTAN – Peruntukan sebanyak RM400 juta diperlukan untuk membaiki dan menyelenggara 300 kilometer (km) jalan persekutuan yang rosak di Pahang.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, permohonan telah dibuat namun pihaknya masih menunggu kelulusan pada pembentangan Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

“Jumlah berkenaan diperlukan bagi memulakan kerja-kerja seperti penurapan, membuat lapisan atau jalan baharu.

“Jalan-jalan negeri kita tiada masalah besar sangat. Kita hanya alami masalah besar adalah membabitkan penyelenggaraan untuk jalan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kompleks Tun Razak, di sini, hari ini.

Fakharuddin berharap permohonan dan peruntukan itu dapat diluluskan segera. – MalaysiaGazette