Lim Hui Ying
Lim Hui Ying. -foto IQBAL BASRI, 27 OGOS 2018.

KUALA LUMPUR – Kerajaan yakin guru tidak akan mempengaruhi kecenderungan murid terhadap parti-parti politik tertentu ketika pendidikan mengenai pilihan raya diajar di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, para guru telah disemat dengan nilai integriti dan tidak mungkin akan melakukan perbuatan tesebut.

Tambah beliau, kandungan berkaitan pilihan raya dimasukkan secara khusus dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Sivik dan aktiviti kokurikulum.

“Dari segi persoalan sama ada guru akan mempengaruhi (murid), jawapan kami memang tidak. Kami ada keyakinan dalam guru pada PDP Sejarah tugas guru mengajar apa sahaja topik secara objektif termasuk pilihan raya.

“Guru kita telah didik dengan integriti dan bersikap objektif yang tidak mungkin mempengaruhi murid dari segi fahaman politik,” kata Hui Ying di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalah tambahan Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng (BN – Tanjung Piai) yang bertanya sama ada guru akan mempengaruhi murid ketika mengajar pendidikan berkaitan pilihan rata.

Dalam soalan asal, Jeck Seng bertanya tahap kesediaan kementerian memperkenalkan subjek pilihan raya atau memasukkan elemen Undi18 dalam mata pelajaran di peringkat sekolah menengah.

Hui Ying berkata, kementerian telah menyediakan bahan sokongan dalam bentuk powerpoint untuk membantu guru  mengajar topik pilihan raya dengan sebaiknya.

Selain itu, DidikTV juga telah menyiarakan tajuk berkaitan pilihan raya.

“Kandungan berkaitan pilihan raya dimasukkan secara khusus dalam mata pelajaran Sejarah dan elemen pilihan raya dilaksanakan dalam Pendidikan Sivik dan aktiviti korikulum.

“Sebagai usaha membentuk karekter murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan cintakan negara bermula sekolah rendah murid diajar mengenai Perlembagaan dan tanggungjawab rakyat kepada negara.

“Ini termasuk latar belakang sejarah negara melalui tema awal negara, kedaulatan dan kemakmuran negara,” jelas beliau.

Tambahnya, selaras dengan kematangan usia dan tahap pengetahuan murid sekolah menengah didedahkan dengan lebih mendalam mengenai politik melalui tema sejarah negara dan dunia, warisan bangsa, kedatangan kuasa asing, pembinaan negara serta dan masa hadapan malaysia.

Ini bertujuan supaya murid memahami peranan mereka sebagai warganegara yang bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast