Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masanya hari ini meninjau persiapan terakhir Belanjawan 2023 Malaysia MADANI di Kementerian Kewangan di Putrajaya petang ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masanya hari ini meninjau persiapan terakhir Belanjawan 2023 Malaysia MADANI di Kementerian Kewangan di sini petang ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut menandatangani dokumen berkaitan di kementerian itu.

“Saya turut diapit Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Johan Mahmood Merican.

“Saya juga sempat beramah mesra dengan kakitangan yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI.

“InsyaAllah, nantikan pembentangannya puku 4 petang esok,” kata Anwar menerusi media sosialnya hari ini.

Sementara itu, Anwar dijangka menggunakan beg fail dengan corak tenunan songket Sarawak untuk membawa dokumen Belanjawan 2023 yang akan dibentang di Parlimen esok.

Beg berwarna hitam itu dipamerkan oleh Anwar ketika beliau meluangkan masa meninjau persiapan terakhir Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan di sini hari ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. saya ulang saya ulang sepatutnya PM tidak BOLEH PEGANG PORFLIO MENTERI KEWANGAN….akhirnya saya teruskan MUNAFIK saya….tahniah yang menerima keMUNAFIKAN saya

Comments are closed.