KUALA LUMPUR – Penilaian lima daripada 10 bintang sahaja diberikan kepada Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.
Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari berkata, langkah itu berikutan belanjawan yang dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan bersifat ‘menjaga hati’.
Mengambil contoh Anwar yang bersungguh untuk memerangi rasuah namun isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak disentuh dalam pembentangan tersebut.
“Perdana Menteri tidak menyebut satu patah pun tentang 1MDB yang merupakan kepala kepada ketirisan yang berlaku (dalam negara).
“Saya fikir Perdana Menteri masih lagi cuba berdolak-dalik dalam isu penyelewengan dan rasuah,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini hari ini.
Ditanya sama ada pembangkang akan menyokong atau sebaliknya belanjawan berkenaan, Ahmad Fadhli yang Ahli Parlimen Pasir Mas memaklumkan keputusan mengenainya akan diputuskan minggu depan.
“Kami ahli Parlimen pembangkang akan bincang sesama kita dan akan nyatakan pendirian minggu depan,” tambahnya. – MalaysiaGazette
Lebai, depa tak kebulur dengan bintang hang.. tak dak nilai..simpan dlm tong je bintang hang tu..