Logam berbentuk bulat yang ditemui di pantai Jepun, foto Japan Inside

TOKYO – Walapun sfera besar logam yang ditemui terdampar di pantai di Jepun sudah dialihkan namun ia masih mencetuskan spekulasi meluas di negara ini.

Menurut Asahi News, bola misteri itu ditemui oleh seorang penduduk tempatan di Hamamatsu, sebuah bandar pantai selatan kira-kira 155 batu dari Tokyo.

Sfera itu, berukuran kira-kira 1.5 meter diameter, lapor media tempatan.

Pihak berkuasa bimbang ia mungkin sisa perlombongan yang telah dibuang selepas pemeriksaan pakar menggunakan teknologi sinar-X untuk memeriksa bahagian dalam objek itu mendapati ia kosong, lapor Guardian.

Pihak berkuasa Hamamatsu berkata, bola itu akan disimpan “untuk tempoh masa tertentu” kemudian “dilupuskan”

Perhatian penduduk Jepun pada objek yang dipanggil “telur Godzilla” dan “objek dari angkasa lepas” itu bermula awal minggu ini selepas seorang warga tempatan memaklumkan polis tentang objek luar biasa itu yang ditemui di pantai.

Polis, dan skuad bom telah dihantar untuk memeriksa objek itu.

Pihak berkuasa mengepung kawasan itu dan menjalankan pemeriksaan x-ray tetapi tidak mendedahkan mengenainya, sebaliknya mengesahkan objek itu selamat.

Walaupun objek itu telah dialihkan tetapi penduduk Jepun mempersoalkan mengapa penemuan itu tidak dijelaskan.

Vice News melaporkan bahawa objek yang mempunyai bonjolan yang membolehkannya disambungkan pada sesuatu yang hampir menyerupai pelampung tambatan.

Lantas, iamencetuskan perhatian seketika di media selepas Amerika Syarikat menembak jatuh belon pengintip China.

Prof Mark Inall, ahli oseanografi di Persatuan Sains Marin Scotland berkata, beliau terkejut selepas sfera logam itu tidak dikenal pasti dengan lebih cepat.

Beliau menambah bahawa objek itu boleh terapung di lautan selama beberapa dekad, dan boleh kehilangan tandanya dan berkarat apabila selepas terdampar di darat.

Bola misteri itu hanyut selepas timbul beberapa isu yang memuncak, minggu lalu media Jepun membincangkan kesan daripada aktiviti peluru berpandu Korea Utara baru-baru ini.

Pada hari Sabtu, peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) mendarat di perairan wilayah Jepun.

Pada hari Isnin, Korea Utara melepaskan dua peluru berpandu balistik ke Laut Jepun selepas Amerika Syarikat mengadakan latihan bersama dengan sekutu Asia Timur. – Agensi