Foto yang dikongsi Wan Azizah di Facebook beliau.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berharap Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dirahmati Allah.

Azizah yang juga isteri kepada Anwar dalam hantaran di media sosial turut berkongsi dua keping foto iaitu gambar lama mereka ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 26 tahun lalu.

Satu lagi gambar memaparkan kedua-dua pasangan itu semalam iaitu hari Belanjawan 2023 dibentangkan.

“Dulu dan sekarang. Semoga Allah sentiasa merahmati segala usaha kita,” katanya di Facebook beliau.

Foto lama berkenaan memaparkan Awar memakai baju Melayu berwarna ungu cair sambil memegang beg berwarna hitam semenatra Wan Azizah pula memakai baju kurung dan tudung berwarna putih yang diserikan dengan corak bunga.

Turut kelihatan dalam gambar bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dan bekas Menteri Perdagagan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Sementara itu, rata-rata pengikut Wan Azizah di media sosial teruja dengan foto lama yang dikongsi.

“Sangat manis,” komen Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.

“Tetap cantik, handsome. Alhamdulillah. Semoga sentiasa diberi kekuatan, dipelihara dan dirahmati Allah, amin” doa Siti Asiah Ibrahim.

“Cantiknya Kak Wan,” kata Siti Asiah Ibrahim.

“Selepas 26 tahun. Semoga Allah memberkati segala usaha Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri wan Azizah,” doa Idris Shaarom.

“Alhamdulillah. Bersama hingga hujung nyawa. Insya-Allah,” kata Syuhada Wahida.

“Mudah-mudahan pasangan ini sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT,” doa Ishak Mohammad.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast