peneroka Felda
Awang Hashim.

KUALA LUMPUR — Parti Amanah Negara (Amanah) akan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim kerana didakwa melakukan fitnah terhadap Perdana Menteri.

Awang didakwa menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pendakwaan terpilih dalam isu Jana Wibawa yang kini dihadapi Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkaitan dua pertuduhan menerima rasuah RM6.9 juta.

Setiausaha Biro Mobilisasi Amanah, Mohamad Faridul Amini Suhaimi akan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, pada jam 3 petang nanti.

Pada 22 Februari lalu, Perdana Menteri, menghantar surat tuntutan (LOD) kepada Ahli Parlimen Pendang yang menuduhnya mengamalkan pendakwaan terpilih.

Firma guaman, Tetuan S N Nair dan Partners yang mewakili Anwar berkata, Perdana Menteri juga menuntut bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu menarik balik kenyataan fitnah secara umum itu dan berjanji tidak akan mengulangi dakwaan itu lagi.

Sebelum ini, Awang mendakwa Anwar seorang pendendam yang ‘lebih teruk’ daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tuduhan Awang itu susulan daripada dakwaan mahkamah terhadap Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada 21 Februari lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast