KUALA LUMPUR  – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mempersoal motif kaji selidik lima akhbar arus perdana berkaitan 100 hari kerajaan perpaduan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, kajian yang dibuat dengan kerjasama firma penyelidikan O2 Malaysia itu menimbulkan kesangsian dan mencurigakan.

Beliau turut menekankan tarikh dan metodologi kajian itu yang dakwanya, tidak tepat.

“Dapatan tersebut ada timbul banyak kesangsian dan curiga kerana berdasarkan maklumat yang telah diterbitkan, sampel itu terlalu ramai lelaki. 81 peratus lelaki, walhal seharusnya 51 peratus atau 50 peratus.

“Pelbagai pakar akademik juga mempertikai metodologi bagi kajian itu, dan sekiranya itu pendirian rakan-rakan akademia, para cendekiawan, maka kita kena lihat apa sebenarnya motif,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih, hari ini.

Tambah beliau, tarikh penerbitan hasil kaji selidik ‘100 Hari Kerajaan Perpaduan’ itu juga tidak mencecah 100 hari kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya pada 3 Mac depan.

”Kalau tarikh pun ada pihak yang taknak bercakap benar, dan metodologi pun tak tahu, sukar kita nak terima. Kalau nak buat, buat betul-betul dan jujur,” katanya.

Sehubungan itu kata Fahmi, beliau akan bertemu dengan lima akhbar arus perdana terbabit untuk mengetahui motif disebalik penerbitan itu, sama ada ia dibuat untuk tujuan promosi atau memperdaya rakyat.

Sebagai rekod, sebanyak 35,077 respons berjaya diperoleh daripada pembaca dan pelayar agensi media dan berita dari seluruh negara.

Pengumpulan data kajian telah dijalankan selama 10 hari bermula 6 Februari hingga 16 Februari.

Kerjasama kajian dijalankan antara firma penyelidikan O2 Malaysia dengan lima media arus perdana, Sinar Harian, Astro AWANI, The Star, Sin Chew dan Malaysia Namban. -MalaysiaGazette

3 Komen

  1. yang MEROYAN MENCANANG 100 HARI ialah PAKATAN HANCING SElepas pru14……BILA GAGAL TUNAIKAN MANIFESTO….menyalak mereka DIJATUHKAN DIRAMPAS TEBUK ATAP…..INGAT KENCING HANCING PLUSS MUNAFIKUN ….INGAT PAKATAN HANCING DAPIGS

    ANWAR IBRAHIM KETUA MUNAFIK….bersama TATAKOLA MADANI MERAPU ZAHID HAMIDI RAFIZI RAMLI….yang kalah jadi menteri SAFUDIN NASOTION sekutunya

Comments are closed.