KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohammad Khir Toyo akan bertanding Ketua Bahagian (KB) UMNO Sungai Besar pada pemilihan parti kali ini.

Setakat ini, Mohamad Khir berdepan dengan penyandangnya, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.

Menurut sumber, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail akan bertanding KB Bahagian Sabak Bernam bersama penyandangnya, Datuk Abd Rahman Bakri.

Bagi KB Bahagian Gombak, penyandangnya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin akan dicabar Ustaz Yuszairi.

Bagi KB Subang, penyandangnya, Datuk Armand Azha pula dicabar oleh Abu Hassan Ashaari.

Bagi jawatan KB Kuala Langat, bekas Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Iskandar dilihat mahu kembali dalam parti dan bertanding melawan penyandangnya, Datuk Zurihan Yusop.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast