Enam lelaki warganegara asing kerana terbabit dengan dadah

KUANTAN – Enam lelaki warganegara asing dipercayai terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah ditahan polis di sebuah kebun durian di Bentong pada semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata  serbuan dan tangkapan dijalankan kesemua suspek berusia antara 18 hingga 38 tahun itu dilakukan oleh pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong berdasarkan maklumat orang awam.

Superintenden Zaiham Mohd Kahar

“Hasil pemeriksaan pihak polis telah menjumpai (0.45 gram) dadah jenis syabu.

“Manakala ujian awal saringan air kencing keatas semua suspek dapati positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kesemua suspek merupaka pekerja di kebun berkenaan telah ditahan reman selama empat hari bermula 28 Februari 2023 sehingga 3 Mac 2023 untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Zaiham memberi amaran keras bahawa tidak akan berkompromi dalam menangani isu dadah mahupun jenayah yang berlaku di bawah pentadbiran IPD Bentong.

“Pihak polis merakamkan ribuan terima kasih kepada orang ramai khususnya penduduk di daerah Bentong yang menyalurkan maklumat serta peka terhadap perlakuan jenayah mahupun dadah di sekeliling mereka,” katanya. – MalaysiaGazette