Tuan Yang Terutama Yan DiPertua Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri menerima kunjungan hormat oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Negeri di Kota Kinabalu, Sabah pada 28 Februari 2023. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of event

KOTA KINABALU – Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini.

Perdana Menteri bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba pada pukul 9.30 pagi sebelum ke Dewan Kunjungan Khas untuk kunjungan hormat itu.

Anwar dan Dr Wan Azizah kemudian menandatangani buku kehadiran tetamu istana disaksikan Tun Juhar dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Tun Juhar dan Anwar mengadakan pertemuan selama kira-kira 35 minit sebelum Perdana Menteri beredar meninggalkan Istana Sri Kinabalu.

Kunjungan hormat Anwar itu julung kali diadakan selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.

Perdana Menteri yang berada di Sabah bagi lawatan rasmi dua hari sejak semalam, dijadual berlepas ke Manila, Filipina dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira 11 pagi ini untuk melakukan lawatan rasmi ke negara berkenaan selama dua hari bermula hari ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast