Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood bercakap dalam dalam sidang media di KLIA, hari ini.

SEPANG – Perkhidmatan Pergerakkan Penumpang Automasi, aerotrain, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dihentikan sementara waktu bermula hari ini sehingga dimaklumkan kelak.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, keputusan penggantungan sementara perkhidmatan itu adalah bagi melaksanakan kerja-kerja pembaharuan tren selain atas faktor keselamatan pengguna.

Semalam kira-kira jam 3 petang, seramai 114 penumpang yang menggunakan pekhidmatan aerotrain terkandas dan terpaksa berjalan sejauh 400 meter untuk ke bangunan satelit.

“Susulan penggantungan operasi tren tersebut, MAHB menyediakan sebanyak 18 buah bas perantara yang bakal beroperasi sepanjang masa.

“Ia bagi mengambil dan menurunkan penumpang dari balai pelepasan ke terminal satelit. Tempoh durasi perkhidmatan bas perantaran itu adalah sama seperti menaiki aerotrain,” katanya dalam sidang media di KLIA, di sini, hari ini.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood.

Tambah beliau, perkhidmatan aerotrain yang telah beroperasi sejak 25 tahun itu sering mengalami masalah teknikal.

Iskandar berkata, kejadian semalam merupakan insiden kedua yang melibatkan penumpang terjejas ketika menggunakan  perkhidmatan itu.

Mengulas lanjut mengenai durasi pelaksanaan kerja pembaharuan perkhidmatan aerotrain, beliau menjangkakan ia akan siap dalam tempoh tiga tahun dengan kos sebanyak RM700 juta.

Iskandar berkata, penggantian sistem baharu aerotran dilakukan secara berperingkaat dan ia dijangka diaktifkan pada 2025.

“Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang ‘hidup’ dan tertakluk kepada ketetapan di mana operasi akan terus berjalan manakala construction of the (new) aerotrain juga akan diteruskan,

“Program untuk menukar tren itu akan memakan masa lama iaitu tiga tahun, fasa pertama adalah fasa reka bentuk dan penukaran ini akan melibatkan semua pakej termasuk landasan, gerabak dan infarstuktur.

“Fasa pertama itu akan mengguna pakai infrastuktur yang sedia ada kepada yang baharu dengan konsep yang lebih teratur dan ia dijangka siap pada penghujung suku kedua tahun ini, dan selepas itu akan bermula sesi pembinaan tidak lama lagi,” ujarnya.

Ditanya mengenai keadaan 114 penumpang, beliau berkata, MAHB memberi bantuan sewajarnya termasuk penginapan dan tiket penerbangan kepada 10 penumpang yang tertinggal penerbangan. – MalaysiaGazette