Keadaan banjir yang masih belum surut berikutan hujan berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan bandar Kota Tinggi, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 04 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 56 kawasan di tujuh daeah Johor mengalami gangguan bekalan elektrik setakat jam 10 pagi tadi akibat keadaan hujan lebat dan banjir.

Kawasan yang masih belum mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh Tenaga Nasional Berhad demi keselamatan pengguna setempat adalah seperti berikut:

1. Jabi Tambahan
2. Kampung Bukit Tempurung
3. Kilang Mersing Concrete
4. Kemidak
5. Tamok
6. Taman Negara Selai

1. Parit Sawah
2. Bukit Serampang
3. Liang Batu

1. Parit Badak 2
2. Malay River 2
3. Parit Pulai
4. Temehal
5. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yong Peng 2
6. Taman Desa
7. Taman Berlian
8. Kampung Ngamarto
9. Parit Arshad
10. Kampung Kolam Air
11. Taman Melati
12. Parit Awang
13. Parit Terus
14. Parit Aton
15. Parit Lapis Simis
16. Parit Simis Darat
17. Parit Simis
18. Parit Khalid
19. Lapis Bangas
20. Lapis Bangas No. 1
21. Sri Menanti
22. Parit Haji Nor
23. Betaling 1&2
24. Reban Ayam Betaling
25. Parit Badak 1
26. R&R Yong Peng
27. Sekolah Kebangsaan Mendapat
28. Ng Kia Heng
29. Kilang Sagu
30. Lintang Warijo
31. Parit Andin
32. Parit Jambi Sri Bengkal

1. Kampung Labong
2. Loji Nitar
3. Kampung Peta
4. Sungai Padang
5. Kampung Labong
6. Sri Gambut

1. Sri Gambut
2. Loji Nitar

1. Taman Tiara Perdana No 1&2
2. Kampung Palembang

1. Kampung Panti
2. Taman Kuso
3. Sarang Burung Layang-Layang
4. Kampung Rantau Panjang
5. Pekan Rabu

TNB dalam hantaran di Facebook berkata, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

Syarikat utiliti itu turut memberi peringatan supaya pengguna di kawasan terjejas banjir agar jangan hidupkan peralatan elektrik sekiranya dalam keadaan basah atau dilitupi air/kekotoran banjir.

Jika banjir sudah surut di kawasan anda tetapi masih belum menerima bekalan elektrik, besar kemungkinan pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis anda masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan.

Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Jauhi pepasangan elektrik yang terendam air banjir kerana dikhuatiri berlakunya kebocoran arus, katanya. – MalaysiaGazette