Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)

GEORGE TOWN – Mayat nelayan tempatan yang terjatuh ke dalam laut di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Teluk Bahang, dekat sini, semalam ditemukan terapung tidak jauh dari lokasi lelaki itu terjatuh, awal hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, mayat Chan Eng Liong, 53, ditemukan terapung oleh pihak bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 4.12 pagi tadi.

“Pihak kami telah mengaktifkan SAR sebaik dimaklumkan berhubung kejadian seorang nelayan bot tempatan terjatuh ke dalam laut di Jeti LKIM Teluk Bahang pada 5 petang semalam sebelum mayat mangsa ditemukan awal pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast