Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mendapat persetujuan setiap satu daripada dua juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 40 hingga 54 tahun untuk melepaskan pemberian sebanyak RM500 ke dalam Akaun Satu?

Pertanyaan itu dibuat oleh pentadbir  akaun Facebook Najib Razak selepas Muhyiddin berkata, kerajaan mampu menyelamatkan dana sebanyak RM1 bilion daripada wang yang diperuntukkan untuk penambahan RM500 ke dalam akaun pencarum KWSP.

Pentadbir Facebook Najib berkata,  permintaan pengeluaran khas bersasar dengan pemberian RM500 adalah dua perkara dan melibatkan dua golongan yang berbeza.

Jelasnya, individu yang meminta pengeluaran khas adalah mereka yang bakinya cukup untuk dikeluarkan secara bersasar.

Manakala pihak yang dapat manfaat dari RM500 ini pula adalah golongan yang tidak cukup baki untuk pengeluaran bersasar.

”Sebab apa golongan yang tak cukup balance perlu dihukum hanya sebab permintaan golongan yang cukup baki tidak diluluskan?

“Korang boleh teruskan permintaan kepada kerajaan untuk pengeluaran bersasar tapi jangan pula nafikan hak bagi mereka yang tak minta atau tidak layak minta pengeluaran khas,” katanya.

Muhyiddin ketika bercakap di Dewan Rakyat hari ini berkata, peruntukan RM1 bilion itu boleh digunakan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

“Sebenarnya, pencarum tak mohon suntikan RM1 bilion ini tapi mereka hanya mohon untuk KWSP mereka dibenarkan untuk dikeluarkan secara bersasar.

“Kalau itu diluluskan, kerajaan boleh menyelamatkan RM1 bilion dan boleh bagi pada kawasan-kawasan yang hadapi banjir yang teruk untuk digunakan untuk selamatkan mangsa-mangsa yang ada,” menurutnya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan mengumumkan akan menambah caruman simpanan KWSP sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membabitkan peruntukan hampir RM1 billion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.

Menurutnya, selepas negara dibelenggu musibah pandemik Covid-19, rakyat beberapa kali mengorbankan simpanan hari tua mereka bagi menampung keperluan hidup sewaktu pandemik. – MalaysiaGazette

10 Komen

  1. menteri lebih2 dari rakyat nak tunjuk dia bela nasib rakyat . padahal sebenar nya nak bunuh nasib rakyat .

    • korang golongan mahakaya bleh la ckp cam tu…bg golongan yg dibawah ni mmg amat mmerlukan pengeluaran kwsp tu..tambahan lg nak buka sekolah..nak raya plk pastu…2 x kewangan diperlukan..sapa lg yg nak bantu melainkan pengeluaran simpanan sendiri..tamb rm500 umur 40 – 50…rasa semua simpanan lebih dr 40k…jd perutukan tu spai ka 2juta penyimpan? atau hanyapenyedap rasa bg bantuan..rm500 tu xluaq pun dr akaun keraajaan..B40 rasa dijaga…tp yg M40 dihimpit kewangan…kena tgu turun ke B40 bru dpt bantuan…setelah rumah…kereta dilelong bank

  2. Terbaik abah kami pencarum sokong 100% hanya rakyat yg susah saja yg paham.yg tak sokong pengeluaran ni sila diamkn diri rakyat bkn minta duit kerajaan pun.

  3. keadaan rakyat sekarang kebanyakan kehidupan mereka seharian seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
    sepatutnya kerajaan utamakan rakyat kerana rakyatlah yang menjadi tulang belakang. sebagai contoh wang kwsp.
    kerajaan seharusnya memberi rakyat duit kwsp dimasa susah. kerana kerajaan sudah banyak belanjakan duit semasa pendemik dan bencana alam yang melanda Malaysia, dan yang terbaru kes² banjir bagi rakyat yang tak cukup duit kwsp kerajaan kena saluran bentuan, bagi rakyat yang cukup duit kwsp benarkan pengeluar bagi rakyat kerana memerlukan.
    saya sebagai rakyat Malaysia memohon kerajaan kena dengar suara rakyat.

  4. Mohon kerjasama PM Dato’ seri Anuar bantulah kami yang terdesak ini luluskan lah pengeluaran KWSP kami semua mohon PM lampu hijau meneruskan kehidupan kami semua Allahuakhbar Allahuakhbar Allahukhbar Aamiin.

  5. rakyat dah hidup dlm kesusahan teramat dah…kerajaan buat taktau ja…inilah dunia, sebelum jadi kerajaan mcm2 disebut semuanya mme utk rakyat..la dah dapat buat taktau ja..siapa boleh lawan…rakyat cuma tuntut kuarkan duit sendiri sj..klw rakyat tuntut hapuskan ptptn, tol, kamera tangkap laju tu cmna plk.tepuk dada, tanya selera..HAHAHA!

  6. boleh meluluskan pengeluaran bagi yang ada dalam akaun mencukupi. bgi yng tak mencukupi tak perlu keluarkanlah..bgi kepada yang mencukupi dalam akaun

  7. Bagi saja lah untuk keluarkan kwsp bersasar tu, itu duit rakyat bukan duit kerajaan, banyak rakyat yg tengah tersepit sekarang, Bagi menteri2 tak apa lah gaji pun sudah tinggi, elaun lagi. Rakyat memilih pemimpin bukan untuk menidas, tp untuk menolong rakyat, semoga PMX dapat pertimbangkn semula rintihan rakyat…

  8. Daripada suntik RM500 ke akaun lebih baik pulangkan duit kwsp rakyat sendiri.. 1 billion gunalah tuk banjir ke jambatan ke jalan ke pembersihan sekitar tempat banjir… mangkuk.. tak ada otak..

Comments are closed.