ALOR GAJAH – Sebanyak 50 ekor lembu ditemukan mati dipercayai akibat diracun di kawasan kebun durian di Jalan Machap Umboo, di sini, pagi tadi mengakibatkan kerugian berjumlah RM200,000.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, perbuatan khianat itu disedari penternak lelaki berusia 43 tahun itu kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.
Menurutnya, pada awalnya penternak berkenaan dimaklumkan pekerjanya dua ekor lembunya itu ditemukan mati di tanah kebun berhampiran.
“Penternak itu dan adik lelakinya kemudian pergi untuk melihat sebelum mendapati kira-kira 50 ekor lembu telah mati dalam kawasan tanah kebun ladang durian.
“Pengadu memaklumkan, ternakannya itu berada dalam keadaan baik kira-kira pukul 6.30 petang semalam dan tidak dimasukkan ke dalam kandang sebaliknya dibiarkan berkeliaran mencari makan sekitar ladang sawit kerana cuaca hujan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, siasatan lanjut mendapati, lembu-lembu berkenaan dipercayai telah menceroboh kawasan tanah kebun durian berkenaan berdasarkan terdapat kesan pagar roboh akibat dirempuh haiwan.
“Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) yang melakukan ujian sampel lembu terbabit mendapati kemungkinan semua haiwan itu mati akibat keracunan.
“Simptom awal menunjukkan lembu berkenaan mati dalam keadaan mulut berbuih, organ keluar darah dan keadaan dalaman yang abnormal dan kerugian dianggarkan berjumlah RM200,000,” katanya.
Arshad berkata, pihak polis turut tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat itu berlaku antara pukul 6.30 petang semalam sehingga 7.30 pagi tadi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (khianat ke atas binatang) yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette.
Itu bukan perbuatan khianat la… Tuan punya kebun durian mungkin racun rumput… biasa la jaga tanaman.. Lembu tu yg rempuh masuk ke kebun durian tu (polis dapati pagar kebun dirempuh oleh lembu2 tersebut) dan termakan rumput beracun tu. Kenapa pulak kata diracun.. Tuan kebun durian tak salah pun.. Lembu tu tak dimasukkan ke kandang..kadang2 bila rezeki kita ditarik mcm tu, check semula diri kita. mungkin ada kesalahan yg kita buat.
Ye betul, musim dah mula cuaca panas, haritu musim hujan lama sgt, rumput tebal xboleh meracun, ni owner durian hak dia la nak racun rumput kebun tanah dia, takkan hanya kerana nak bia lembu ceroboh mkn rumput dah owner durian pulak tak boleh nak meracun kebun dia sendiri..cuma patutnye pihak yg berkenaan jangan prejidis awal2 dah kata owner kebun durian tu yg kianat. Cuma tertanya la, jika owner kebun durian buat repot pasal lembu ceroboh kebun dia, report di terima tak? dan akan disiasat ikut akta apa pula?