Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) menawarkan program bantuan banjir untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh pelanggan yang terjejas banjir baru -baru ini.

Bantuan banjir dibuka untuk permohonan dengan segera sehingga 3 April 2023.

Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif Alliance Bank, Kellee Kam berkata, bantuan itu termasuk pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran balik pinjaman, dan pengecualian yuran dan caj untuk pelanggan dan perniagaan yang telah terjejas di beberapa negeri di seluruh negara.

Ia juga menawarkan pelepasan bayaran ke atas semua pinjaman konvensional dan kemudahan pembiayaan Islam.

“Kami memahami ketegangan emosi dan kewangan keluarga dan perniagaan yang terjejas oleh banjir. Kami harap bantuan ini akan meringankan beban kewangan mereka.

“Pelanggan yang terjejas boleh menghubungi kami untuk membincangkan pakej bantuan yang memenuhi keperluan mereka, ” kata Kam.

Bank juga akan mengecualikan uran dan caj untuk penggantian kad debit atau kad ATM yang hilang atau rosak semasa banjir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast