Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong mempertikaikan kenapa Menteri Dalam Negeri ‘diheret’ supaya menggunakan kuasanya dalam isu mengecualikan UMNO daripada klausa Akta Pertubuhan.

“Apa sudah jadi dengan UMNO ini? Sekarang diheret pula Menteri KDN. Inilah sebab kita dipecat dan digantung – just in case menteri tak bagi pengecualian,” tulis Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau menulis demikian dalam ruangan komen media sosial bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ yang mengulas isu yang sama semalam.

Hishammuddin antara tokoh UMNO yang digantung selama enam tahun oleh parti baru-baru ini selain KJ yang dipecat.

Semalam, KJ menganggap tidak benar dakwaan kononnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggunakan kuasa untuk mengecualikan UMNO daripada klausa Akta Pertubuhan bagi menyelamatkan parti itu daripada diharamkan.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, dalil tersebut telah digunakan oleh pihak yang bersimpati dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Logik bodoh dakwa Saifuddin mahu selamatkan UMNO – KJ

 

3 Komen

  1. sepupu sendiri pun ko khianat. memang jenis manusia x boleh pakai elok campak dalam gaung je

  2. tak yah berkias2 Hisham.. kalu hati dh tak de dgn parti sekarang .. elok angkat kaki jalan. join je parti yg serasi dgn hang. Dr kene pecat elok terjun n seberang ke kapal lain.. nampak lebih jantan.

  3. Ini adalah paling nyata ungkapan orang UMNO mengatakan PARTI KERAMAT.
    dulu aq sering “tertanya” apa makna teori KERAMAT?
    Teori RAHMAN untuk PM dah cair lebur….
    Adakah ini adalah ANUGERAH TERTINGGI UMNO telah konvo dengan 1st class?

Comments are closed.