Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Tidak benar dakwaan kononnya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggunakan kuasa untuk mengecualikan UMNO daripada klausa Akta Pertubuhan bagi menyelamatkan parti itu daripada diharamkan.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata, dalil tersebut telah digunakan oleh pihak yang bersimpati dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Jelas beliau, surat Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang tular di media sosial tidak menyebut sebarang tindakan untuk mengharamkan UMNO.

Sebaliknya RoS meminta UMNO membuat pembetulan dengan mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden.

“Wujud dalil baru daripada puak simpati Zahid mereka kata Saifuddin sebenarnya menyelamatkan UMNO daripada pembatalan pendaftaran oleh RoS dengan pengecualian yang diberi.

“Maka tindakan Saifuddin sepatutnya dipuji. UMNO selamat kerajaan PMX selamat. Ini logik yang bodoh dan tidak betul. Siapa kata UMNO hendak diharamkan?

“Dalam surat Ketua Pengarah RoS jelas menyebut ‘sehubungan dengan itu parti UMNO hendaklah mengambil tindakan pembetulan dengan tidak mengetepikan Perlembagaan UMNO di bawah Fasl 9.3 dalam pelaksanaan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO. Maknanya UMNO sudah buat silap, sila perbetulkan,” kata Khairy.

Tambah Khairy, pihak tersebut turut menggunakan alasan bahawa tindakan Saifuddin adalah bagi menyelamatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekiranya Saifuddin membenarkan pertandingan jawatan presiden UMNO dan Ahmad Zahid kalah akan menyebabkan Kerajaan Perpaduan tumbang.

“PN akan memerintah semula. KJ, Hishammuddin, Ismail Sabri semua broker PN. Zahid sahaja yang terbaik bagi PMX dan menjadi perisai Kerajaan Perpaduan

“Saya sudah cakap dengan jelas Hishammuddin, Ismail Sabri dan rakan-rakan lain bersetuju andai ada pertandingan dan kumpulan kita menang kami terus beri sokongan kepada Anwar menerajui kerajaan.

“Kerana kami juga tidak mahu melihat kestabilan politik yang ada digugat. Jadi tak payah momokkan orang dengan hujah palsu,” kata Khairy dalam video di TikTok.

Media hari ini melaporkan, Saifuddin menggunakan kuasanya untuk mengecualikan UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.

Ia berhubung usul tambahan yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno yang tidak dipertandingkan pada pemilihan parti.

Turut tular sepucuk surat yang ditandatangani Ketua Pengarah RoS Mohd Nawardi Saad yang menyatakan usul tambahan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan adalah tidak sah.

Surat itu meminta UMNO untuk membuat langkah pembetulan dan tidak mengetepikan Perlembagaan UMNO.

Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis tidak ada sebarang pengesahan daripada RoS mengenai ketulenan surat berkenaan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Menteri diberi kuasa untuk memberi pengecualian dalam Akta Pertubuhan untuk Umno meneruskan pemilihan tanpa bertanding untuk dua jawatan teratas. Bolehkah menteri dicabar di mahkamah? Jika ya, maka lakukan tetapi jangan cuba menggugat kestabilan kerajaan perpaduan yang ada sekarang.

  2. bila gila kuasa begini lah jadinya . sanggup lakukan apa sahaja . sprm boleh siasat menteri tengok kot2 ada rasuah oleh umno . sdhingga boleh dikecualikan kesalahan yang umno lakukan .

  3. Logik Bodoh kalau KJ jadi poster boy PN untuk PRN negeri.. oh silap sebut “Logik Diperbodohkan”. Tak tau malu ke sibuk nak campur urusan UMNO. Sedar diri kau tu orang luar tak payah jadi pengemis politik. Kau hadap saja sekiranya ada pendakwaan di mahkamah nanti. Ada orang yang selayaknya ganti tempat dsnr di kajang. Najib tu tak bersalah.

Comments are closed.