Gambar hiasan. foto IQBAL BASRI, 05 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menggesa supaya Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dipinda.

Ini kerana hanya terdapat dua seksyen sahaja yang secara khusus memperuntukkan aspek mahasiswa, iaitu seksyen 15 dan 16 termasuk Perkara 48 Jadual Pertama yang menyebut aspek Majlis Perwakilan Pelajar.

Menurut MPPK, dalam keadaan ini, kewajaran memansuhkan AUKU perlu diteliti bagi setiap peruntukan bukan sahaja melibatkan mahasiswa malah universiti sendiri bagi mengelakkan sebarang bahana.

“Analisis dan mitigasi risiko perlu dijalankan disusuli dengan perangkaan pelan serta panduan untuk mahasiswa dan universiti pasca pemansuhan AUKU ini jika ingin dimansuhkan.

“Selain itu, kami juga turut percaya dengan adanya pindaan yang lebih terbuka supaya boleh menampakkan fungsi dan kuasa autonomi lebih kepada mahasiswa, perkara ini boleh dijalankan
namun hendaklah disusulidengan kepercayaan universiti dalam melihat kepada situasi semasammahasiswa dan persekitaran universiti tersebut,” katanya dlam kenyataan hari ini.

Sebagai contoh, katanya, modul kesatuan pelajar yang
sedang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini mampu untuk diselarikan terhadap pindaan AUKU yang lebih dominan kepada hak dan kuasa mahasiswa untuk mengurusnya sendiri.

Namun, menurut kenyataan itu, perlu ada satu kayu ukur yang jelas untuk universiti melihat kebebasan itu supaya tidak disalahgunakan mahupun mengundang lebih banyak keburukan
terutamanya sikap dan tatacara para mahasiswa.

“Konklusinya, kami di pihak MPPK juga ingin menegaskan agar isu pemansuhan AUKU ini tidak ditunggang oleh mana-mana parti politik demi momen lensa kamera kerana perkara ini melibatkan keseluruhan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) jadi wajarlah perkara ini hanya dibincangkan oleh pihak yang berkepentingan sahaja demi memastikan ketelusan dalam memperjuangkan aspirasi mahasiswa hari ini danbukannya demi kepentingan politik pihak tertentu,” ujarnya.

Katanya, gerakan mahasiswa perlu  bersatu dalam membawa satu suara yang rasional dengan memfokuskan kepada agenda yang lebih utamaiaitu memastikan pindaan AUKU. – MaalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast