Home Politik Bahang Pemilihan UMNO : Parti amal demokrasi subur – Wan Rosdy

Bahang Pemilihan UMNO : Parti amal demokrasi subur – Wan Rosdy

@malaysiagazette

Pemilihan UMNO amal demokrasi subur. #malaysiagazette #UMNO #fyp

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

KUANTAN – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang menyifatkan pemilihan UMNO yang bakal berlangsung 18 Mac ini mengamalkan sistem demokrasi yang subur.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata parti UMNO mengamalkan dasar terbuka dengan tidak menyekat proses pemilihan parti keramat tersebut.

Tambah calon Naib Presiden itu, penyertaan calon bertanding pada kali ini menunjukkan peningkatan yang positif dalam kalangan ahli parti sendiri.

“Ini satu perkara yang bagus dan jelas memperlihatkan demokrasi itu subur. Ia bermakna UMNO tidak tidak menyekat mana-mana individu untuk menyertai pemilihan parti.

“Kali ini ramai yang yang berminat menawarkan diri. Ini satu perkembangan yang baik.

“Sebelum ini, tidak pernah begitu ramai calon menawarkan diri untuk bertanding dalam MKT tetapi kali ini berbeza. Jadi ini memberi peluang banyak pilihan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Jelai itu juga percaya bahawa pewakilan dapat memilih calon berkelayakan untuk memimpin parti.

“Harap pewakilan buat pilhan yang bijak dapat pilih pemimpin yang boleh buat UMNO bangkit semula,” katanya ketika ditemui media selepas pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan pahang ke Parit Sulong di pekarangan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) hari ini.

Pemilihan sayap UMNO akan diadakan pada 11 Mac ini, manakala pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pula bakal berlangsung pada 18 Mac 2023.

Pada pemilihan UMNO kali ini, seramai 150,000 perwakilan daripada 191 bahagian akan mengundi calon bagi jawatan naib presiden, MT dan jawatan lain yang dipertandingkan.

Sebanyak 118 pencalonan diterima bagi merebut jawatan tertinggi parti, khususnya naib presiden dan ahli MT.

Pada kali ini selepas 10 tahun, Wan Rosdy pada 24 Februari lalu menawarkan diri dan menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Jawatan Naib Presiden UMNO ketika ini disandang bekas Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Umno Padang Terap, Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Namun Ismail Sabri  tidak menghantar borang pencalonan bagi mengekalkan jawatan naib presidennya pada tarikh akhir permohonan pada 26 Februari lalu.

Dua penyandang jawatan itu pula, Mohamed Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid mengumumkan akan mempertahankan jawatan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN :

Wan Rosdy, Ismail Sabri antara enam ketua bahagian menang tanpa bertanding

Bangkit kembali kekal relevan – Wan Rosdy

Wan Rosdy sah bertanding jawatan Naib Presiden UMNO

Pemilihan UMNO: Dakwaan wujud kem cuma andaian – Wan Rosdy

Turut menawarkan diri untuk jawatan itu adalah Ahli parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad; Ahli majlis tertinggi (MT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast