Home Nasional Tafsiran berbeza etika berpakaian punca pelawat berseluar pendek tidak dibenar naik ke...

Tafsiran berbeza etika berpakaian punca pelawat berseluar pendek tidak dibenar naik ke wad

@malaysiagazette

Pengawal keselamatan salah faham halang pelawat naik ke wad kerana berseluar pendek. #malaysiagazette #fyp

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

KUANTAN – Pihak Jabatan Kesihatan Pahang mengesahkan berlakunya salah faham berhubung insiden seorang pelawat yang berseluar pendek tidak dibenarkan naik ke wad oleh pegawai keselamatan di sebuah hospital kerajaan di sini.

Pengarahnya, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, salah faham itu berlaku kerana wujudnya perbezaan tafsiran semasa menguatkuasaan etika berpakaian di semua premis kerajaan.

“Pihak pengurusan hospital dan Jabatan kesihatan Negeri Pahang mengambil serius akan insiden ini.

“Kadang kala diakui berlaku perselisihan akibat perbezaan tafsiran semasa menguatkuasakan etika berpakaian di premis kerajaan.

“Bagaimanapun bagi mengatasi masalah ini, timbang rasa dan komunikasi berkesan harus sentiasa diutamakan,” katanya menerusi kenyataan.

Jelas Dr. Nor Azimi pihaknya akan terus berusaha untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi antara pengawal keselamatan yang dilantik dalam menyantuni pelawat dan pesakit.

Pada 7 Mac lalu sebuah video tular memaparkan seorang pelawat tidak dibenarkan memasuki sebuah wad di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan kerana tidak mematuhi etika berpakaian.- MalaysiaGazette