Datuk Seri Saifuddin Abdullah

PUTRAJAYA – Bersatu menyifatkan ‘serangan’ terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersifat dendam, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

“Amat malang dan kesal sekali. Ini adalah sesuatu yang tidak wajar.

“Ini adalah pendakwaan politik terpilih,” katanya ketika ditemui di luar ibu pejabat SPRM.

Saifuddin turut mendakwa tuduhan itu bertujuan untuk memburukkan Muhyiddin dan mahu melumpuhkan Bersatu dan PN.

“Ini kerana mereka (kerajaan) tidak mempunyai cara lain untuk mengalahkan kita pada pilihan raya negeri akan datang.

“Jadi mereka terlibat dengan cara kotor ini,” katanya. – MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bersatu jangka Muhyiddin ditahan SPRM, didakwa esok