Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani dilantik mengetuai pasukan bertindak bagi menyelesaikan hal berkaitan skandal 1MDB.

Pelantikan itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat malam tadi.

“Saya setuju sebab itu saya lantik Titiwangsa sebagai pengerusi task force untuk selesaikan isu 1MDB keraja saya sendiri tidak setuju dengan keputusan dulu yang sangat ringan ketika persetujuan dalam persefaham.

”Goldman Sachs ambil keuntungan laba di atas kepayahan dan keperitan kita. Sepatutnya pembangkang kena sergah kuat isu ini di Parlimen,” katanya.

Semasa sesi perbahasan Johari yang juga bekas Menteri Kewangan II membangkitkan secara panjang lebar tentang isu 1MDB. – MalaysiaGazette