Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjalan keluar selepas hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 ketika di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 10 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin dituntut melepaskan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) serta Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azraf berkata, Bersatu dan PN perlu konsisten dalam mempamerkan bahawa gabungan itu adalah yang kehadapan dalam mempertahankan integriti.

“Keengganan Tan Sri Muhyiddin untuk meletakkan jawatan serta merta malah menggunakan dalih akan menyerahkan ketetapan terkait jawatannya kepada MPT mempamerkan sikap hipokrasi dan cakap tidak serupa bikin Bersatu, seolah-olah beliau
tidak mementingkan nilai integriti seperti yang digembar gemburkan anak buahnya Wan Saiful Wan Jan.

“Wan Saiful Wan Jan turut mengungkap pentingnya peletakan jawatannya sebagai Ketua Penerangan yang merupakan jawatan Eksekutif dalam parti tetapi pemegang jawatan Presiden pula tidak melakukan yang sama.

“Adakah jawatan Presiden parti yang merupakan jawatan terkanan itu tidak cukup eksekutif berbanding peranan Ketua Penerangan?,” soal Haziq.

Awal hari ini, Muhyiddin berkata, beliau menyerahkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk menentukan sama ada beliau terus menjawat jawatan presiden.

Muhyiddin menjelaskan, kedudukan beliau berbeza dengan bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang meletakkan jawatan setelah didakwa di mahkamah kerana beliau presiden dipilih oleh parti.

Mengulas mengenai itu, Haziq berkata, hipotesis yang dibuat Muhyiddin itu adalah perbuatan cakap tidak serupa bikin apabila perkara sama berlaku kepada beliau.

“Hipotesis yang boleh dibuat adalah semua cakap-cakap Wan Saiful Wan Jan bahawa perlunya pemegang jawatan eksekutif dalam parti yang terlibat dengan pertuduhan rasuah di mahkamah meletakkan jawatan seperti yang dibuatnya demi mempertahankan nilai integriti cumalah cakap tidak serupa bikin pemimpin Bersatu.

“Malah telah menjadi cerita dongeng mereka semata-mata tatkala Tan Sri Mahiaddin berdolak dalih soal kedudukannya sebagai Presiden Bersatu,” ujarnya.

Wan Saiful mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu selepas berdepan pertuduhan menerima rasuah hampir RM7 juta berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Lawak badut jenis apa mamat parti KEADILAN ni, trauma atau KEMURUNGAN? Atau jenis SAHALA lurus PIANG?
    Mamat ni jenis hipotesis “Air Mani” makhluk mana?
    Cubalah belajar dulu cari pengetahuan umum untuk bercakap secara ilmiah….
    Jika mamat ni AHLI BERSATU dia memang “ARIF”.
    Jika mamat ni AHLI Parti lain bermakna dia tiada berperlajaran dan berpengatahuan bijak kerana memandang secara SAHALA.
    Mamat ni tidak tahupun “TUBUH” lain diparti lain sebagai PENJENAYAH bermaharajalela bebas bersama “KUASA”,
    SEBABNYA????
    Tiada seekor pun dipetiknya…
    lelain ada yang boleh membantu Mamat tu jadi CERDIK dan hindarkan macam CERDIK!!!!!
    berbaloi jadi CERDIK.

Comments are closed.