Foto: JBPM Kedah

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki etnik Rohingya ditemukan lemas, manakala abangnya masih hilang selepas dipercayai terjatuh di kawasan lombong Kampung Permatang Kedondong, Tikam Batu dekat Sungai Petani, semalam.

Mayat Mamod Shukur Belal Hussain, 4, ditemui sekitar 400 meter dari kawasan tebing lombong itu kira-kira pukul 8.05 pagi tadi, manakala abangnya, Muhammad Nazeri, 6, masih sedang dicari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Mohd Syukri Hashim berkata, sepasukan anggota dari balai Tikam Batu bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada polis berhubung kejadian di lombong berkenaan pada pukul 9.43 malam, semalam.

“Operasi pencarian dilakukan di kawasan kedua-dua mereka dipercayai lemas dan mayat kanak-kanak berusia empat tahun yang ditemukan itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast