Jutawan hartanah, Mohamad Azlan Al Amin ketika bercakap pada media mengenai saman fitnah terhadap penyebar video palsu aplikasi dari TikTok di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 05 OGOS 2022.

KUALA LUMPUR – Jutawan hartanah, Datuk Mohamad Azlan Al Amin  kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak  serik menabur fitnah kepadanya menggunakan media sosial.

Terbaru, Mohamad Azlan sekali lagi tampil membuat laporan polis di Bangi malam tadi berikutan tindakan seorang netizen yang didakwa membuat pelbagai tuduhan serta spekulasi tidak berasas sambil mengaitkan dirinya dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, adalah sesuatu yang normal untuk ahli perniagaan sepertinya banyak menganjurkan program kebajikan untuk beramah mesra dengan polis namun golongan tidak bertanggungjawab berterusan membuat fitnah.

“Saya sendiri tidak faham sehingga bila hendak berterusan membuat laporan polis dan saman menyaman golongan yang tidak faham bahasa ini. Adakah mereka tidak tahu kita ada undang-undang dan bukannya mudah untuk seseorang tampil suka hati menulis tanpa berasas dalam laman sosial mereka?

“Jika ada isi dan fakta, tidak apa. Jika masih tidak berpuas hati dengan dakwaan berbaur fitnah, sila gunakan saluran perundangan yang ada. Mengapa perlu gunakan laman sosial pengaruhi pihak lain? Apakah agenda golongan ini?

“Sebenarnya saya sudah malas untuk berdepan dengan golongan kerana ada banyak lagi perancangan perniagaan perlu dilaksanakan oleh syarikat tetapi netizen kali ini agak melampau dan biadap dengan cemarkan nama pengurusan kami dan juga pasukan keselamatan.

“Justeru itu, saya terpaksa membuat laporan supaya tindakan setegasnya boleh diambil terhadap golongan memfitnah wira-wira tanah air di laman sosial,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Difahamkan, Mohamad Azlan membuat laporan polis terhadap seorang pengguna Facebook yang turut memaparkan gambar beliau bersama beberapa pegawai polis dalam beberapa siri pertemuan terutamanya program-program CSR.

Nama Muhammad Azlan mula dikenali rakyat Malaysia selepas tular kerana bangkit menjadi jutawan menerusi perniagaan hartanah walaupun asalnya beliau hanya bekerja sebagai pengutip sampah.

Kata Mohamad Azlan lagi, tujuan beliau membuat laporan polis juga kerana pengguna Facebook itu didakwa mengundang rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat.

“Ini tidak adil buat saya dan warga PDRM. Cara saya dituduh kononnya cuba menggunakan kedudukan saya menggunakan polis adalah tuduhan amat berat dan langsung tidak boleh ditoleransi. Pihak saya sendiri berdepan kecaman,” tegasnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Sekiranya pertuduhan itu jelas memfitnah..teruskan saja tindakan..manusia atau natizen tak berakal dan ber IQ GORILA seharusnya diajar supaya mengerti apa sebenarnya makna TAMADUN serta dapat membezakan antara yg BETUL dan yg SALAH.

    • Syarikat ombak murni…gagal
      Koperasi azlan Al Amin…gagal
      Pecah lot….gagal
      Refund Duit pembeli…gagal

      Annual report Pon tak penah tunjuk..

  2. Pasal apa yg kuar dlm blog sumer jutawan? Ada jutawan sensasi ada jutawan muda ada jutawan berjanggut panjang. Panjang kata sumer jutawanlah takde ribuan punya. Tunjuk keta mersedis, beeMW awdi vellpari bangelo 5 juta milik org lain. Budak2 diploma makcik2 kantin pun abih sendu picaya dorang jutawan dan dah jd SOP mamat2 ni pun anjurkan cara bagaimana nak jd kaya mcm mrk. Yg anihnya bila mamat2 yg selalu kuar dlm blog dihadapkan kemahkamah dan dikenakan jamin, sumer takde duit mintak dikurangkan ikat jamin. Tak rasa sangsi ke?

Comments are closed.