KUALA LUMPUR – Bermula esok, 15 Mac 2023, Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan dikenali dengan nama baharu iaitu Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (PPTH) Kuala Lumpur
Pemakaian nomenclature ini turut sama melibatkan Pusat Bayaran di Kuching dan Kota
Kinabalu.
Sungguhpun berlakunya perubahan nomenclature ini, fungsi serta peranan pusat-pusat bayaran ini adalah sama dan tidak berubah, kata LHDNM. – MalaysiaGazette