KUALA LUMPUR – Ratu Rock Negara, Ella melakar sejarah apabila lebih 10,000 tiket Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota disapu licin peminat dalam tempoh 24 jam dijual secara online.
Ia antara jualan tiket artis Malaysia paling laris pernah dianjurkan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 10 Jun depan.
Tiket konsert yang mula dijual dalam talian bermula pukul 12 tengah hari kelmarin habis separuh hanya dalam tempoh dua jam sahaja.
Bagaimanapun, penjualannya dihentikan sementara apabila lebih 25,000 membanjiri laman web menunggu dapatkan tiket mengakibatkan proses pembelian tergendala seketika
Namun sebaik isu terbabit selesai dan operasi jualan disambung semula pukul 5 petang hari sama, dua jam kemudian, 90 peratus tiket berjaya terjual dan secara rasmi keseluruhan tempat di tempah pada pukul 12 tengahari semalam.
Sebagai simbolik 35 tahun dalam industri muzik, Ella bakal menyampaikan 35 dendangan termasuk Sepi Sekuntum Mawar Merah, Standing In the Eyes of the World, Sembilu, Baldu Biru dan Retak. – MalaysiaGazette