GEORGE TOWN – Seorang lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah Methamphetamin pada 4 Mac lalu.
Tertuduh Kang Chin Keat, 57, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Melati Diana Abdul Wahab.
Mengikut pertuduhan penganggur itu didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamin seberat 3,192 gram.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kediamannya di Jalan Sir Ibrahim, Jelutong jam 10.40 malam pada 4 Mac lalu.
Chin Keat didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dengan minimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Asharaf Ali tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.
Mahkamah kemudian menetapkan 21 Jun depanuntuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.
ARTIKEL BERKAITAN
MalaysiaGazette pada 8 Mc lalu melaporkan enam sekeluarga termasuk seorang wanita Indonesia ditahan polis selepas ketua keluarga mereka didapati terlibat dalam pengedaran dadah di negeri ini.
Kegiatan lelaki berusia 57 tahun itu terbongkar selepas polis menahannya di tepi jalan sekitar Perai yang mana ketika itu suspek dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Jelutong pada jam 6 petang, 4 Mac lalu. – MalaysiaGazette