KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Seputeh menewaskan penyandangnya, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff dalam pemilihan UMNO bagi sesi 2023-2026.
Keputusan tersebut memihak kepadanya dengan majoriti 206 berbanding 52 undi yang diperoleh Mustapa Kamal.
Turut berkongsi kemenangan, Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang memaklumkan kemenangannya di Instagramnya sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Subang yang dimenanginya dalam pemilihan parti pada 2018.
Armand dikatakan berjaya menewaskan Abu Hasan Ashaari Alang Jaman. – MalaysiaGazette