Anggota bomba memeriksa banjir di Senggarang, Batu Pahat.

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun, manakala daerah Segamat pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negari (JPBN) memaklumkan seramai 15,907 orang masih ditempatkan di 68 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini, berbanding 17,125 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi.

“Dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Pasir Puteh di Batu Pahat; dan Balai Raya Batu Badak di Segamat telah pun ditutup berikutan banjir telah surut,” menurut jawatankuasa itu.

Sebanyak tiga sungai di Batu Pahat berada pada tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok yang kini berada pada paras 19.09meter (m), Empangan Sembrong di Sungai Sembrong dengan bacaan 11.24m serta Sungai Senggarang di Senggarang dengan bacaan 3.34m.

Cuaca di tujuh daerah diramalkan cerah pada petang ini kecuali Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat yang diramalkan hujan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast