Foto Instagram Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson.

KUALA LUMPUR – Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan pasangan, Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson mengesahkan bakal menerima cahaya mata pertama pada Julai ini.

Pengumuman itu dibuat oleh isteri baginda menerusi satu hantaran di Instagram malam tadi.

“Mac 2023, saya dan suami dengan gembira ingin mengumumkan kami bakal menerima cahaya mata pertama. Kelahiran berkenaan dijangka pada Julai 2023,” titah baginda menerusi satu hantaran.

Sehingga kini, berita gembira berkenaan mendapat tanda suka lebih 12,000 dan lebih 1,000 komen.

Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Mahkota Kelantan berkahwin pada 19 April 2019. – MalaysiaGazette