Mohamed Khaled meninjan ladang Farm Fresh selepsas merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi membangunkan Pusat Edutourism antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Syarikat Farm Fresh Berhad (FFB), di sini hari ini.

SERDANG – Pemilihan UMNO yang diadakan baru-baru ini dilakukan secara demokratik dan telus.

Naib Presiden UMNO yang baru mengekalkan jawatan itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, meskipun terdapat satu atau dua bahagian yang bermasalah namun pemilihan itu  dijalankan dengan baik.

Katanya, calon-calon yang menang  membuktkan perwakilan memberikan isyarat pemimpin yang mereka mahukan demi kelangsungan parti.

“Secara tidak langsung saya percaya bahawa satu pemilihan (UMNO) itu dilakukan secara demokratik dan telus. Mungkin satu dua bahgian yang bermasalah tapi yang lainnya itu dilakukan secara transparent.

“…dan boleh dilihat rata-rata siapa yang menjadi pilihan perwakilan,” katanya yang juga Menteri Pengajian Tinggi selepas merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi membangunkan Pusat Edutourism antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Syarikat Farm Fresh Berhad (FFB) di sini hari ini.

Mohamed Khaled merupakan salah seorang daripada tiga calon Naib Presiden UMNO yang menang pada Pemilihan UMNO untuk Sesi 2023-2026.

Dua lagi nama yang memenangi jawatan Naib Presden iaitu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Risdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Sementara itu, Mohamed Khaled menafikan dakwaan wujudnya ‘kem presiden’ seperti didakwa segelintir pihak ketika proses Pemilihan UMNO masih berjalan.

“Sekarang ini yang ada adalah kem UMNO,” ujarnya menjawab pertanyaan ketika diajukan pertanyaan tersebut.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast