Paetongtarn Shinawatra.

BANGKOK – Raja Thailand hari ini membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum pada bulan Mei.

Tarikh pilihan raya belum ditetapkan, tetapi mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.

Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha, parti diraja menghadapi cabaran kuat daripada parti Pheu Thai, yang diketuai oleh anak perempuan Thaksin Shinawatra iaitu Paetongtarn Shinawatra.

Paetongtarn, 36, telah mendahului tinjauan pendapat yang telah dijalankan  selama berbulan-bulan.

Namun Prayuth dan partinya United Thai Nation berharap masih ada peluang untuknya untuk terus menerajui pentadbiran negara ini.

Tetapi ramai yang berpendapat Pheu Thai mungkin memenangi majoriti kerusi di Dewan Rakyat.

Bercakap pada satu acara untuk memperkenalkan calon Pheu Thai Jumaat lalu, Paetongtarn yakin akan memenangi pilihan raya kali ini. – Agensi