Isteri pelakon, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29 bercakap kepada media selepas hadir dalam sebutan kes penceraian dengan suaminya Hafidz Roshdi, 29 ketika di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 21 MAC 2023.

SHAH ALAM – “Hafidz boleh jumpa dengan anak-anak bila-bila masa Melalui keluarga Shu, cuma antara kami berdua sahaja ada halangan, kata Nurul Shuhada Mat Shukri.

Itu respon bekas isteri kepada pelakon Muhammad Hafidz Roshdi yang membahasakan diri dengan panggilan Shu diminta mengulas kes perceraian mereka berdua yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan tarikh yang akan diberitahu kelak untuk sebutan kes berikutan Nurul Shuhada memberitahu, sebelum permohonan bersama difailkan pada 22 Februari lalu, ada satu lagi talak yang didakwa dilafazkan Hafidz pada 22 Januari lalu Melalui aplikasi Whatsapp.

Katanya, bagi dua lafaz cerai itu, beliau serahkan kepada kebijaksanaan mahkamah untuk menentukannya.

“Alhamdulillah, setakat ini, Allah telah aturkan semua yang baik untuk Shu dan anak-anak. Allah bagi rezeki kepada Shu dan anak-anak. Allah telah susun dengan baik dan indah perjalanan kehidupan Shu dan anak-anak.

“Kalau ditanya rasa perit, memang ada. Cuma kita fikirkan Allah untuk ke depan (masa depan),” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Hafidz memfailkan permohonan cerai ke atas Nurul Shuhada pada 22 Februari lalu.

Ditanya sama ada benar Hafidz sudah berkahwin dengan wanita lain, Nurul Shuhada memberitahu, beliau hanya tahu ada orang ketiga daripada netizen.

“Shu tabiklah pada netizen sebab mereka lebih tahu dari Shu pasal hal Hafidz. Semuanya Shu tahu dari netizen. Netizen kita memang hebat.

“Namun Shu serah kepada Allah untuk tentukan sama ada Shu kembali atau sebaliknya dengan Hafidz. Keputusan Shu sendiri pun Shu tak tahu yang mana terbaik.

“Shu serahkan kepada Allah. Apa yang Allah tentukan, Shu anggap itulah yang terbaik,” katanya.

Mengenai perasaannya terhadap Hafidz, katanya, beliau tidak pernah berdendam.

Katanya, permohonan cerai di mahkamah bukan untuk menang atau kalah sebaliknya lebih kepada mahu menjaga maruahnya dan anak-anak.

“Anak-anak tidak tahu Shu datang ke mahkamah hari ini. Mereka anggap Shu keluar kerja cari duit (rezeki),” katanya.

Berhubung kejadiannya ditumbuk Hafidz hingga cedera di muka, Nurul Shuhada menjelaskan, anak sulungnya menjadi saksi segala apa yang berlaku kepadanya di rumah.

“Hafidz pun pernahlah bercakap dengan anak sulung tetapi kadang-kadang anak ada mempersoalkan benda (kejadian) itu pada Shu dan sebagai ibu, Shu tak akan buruk-burukkan Hafidz sebab itu ayah dia, dia sayiag kat ayah dia,” katanya yang mengesahkan ada dua lafaz talak daripada Hafidz. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hafidz didakwa pernah lafaz cerai sebelum ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast